JustConsole

Sebelum saya mengulas lanjut mengenai JustConsole, adakah anda mengetahui mengenai maksud Console? Saya berasa jika anda bukan dari bidang logistik, bukan mudah untuk anda faham atau tahu mengenai Console. Sedangkan saya juga tidak mengetahui mengenai console. Jika diterjemahkan kepada bahasa pasar, ia sebenarnya bermaksud tumpang.

Malah, beberapa hari lalu saya juga menghubungi beberapa klien dan vendor kami untuk “merisik” mengenai console nie sebelum menggunakan ayat untuk servis baharu kami. Rupa-rupanya ramai yang tanya balik pada saya apa tu console.

Jadi entri kali ni saya nak bincang sedikit mengenai console. JustLorry mengorak setapak ke hadapan apabila berhasrat untuk melancarkan servis justconsole ni dalam tempoh terdekat.

Buat pengetahuan anda semua, buat masa ini kami lebih tumpu kepada laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan sebaliknya. Kami menawarkan servis ini pada harga termurah dimana sesiapa sahaja boleh menumpang barang mereka kecuali barang bersaiz seperti sofa untuk dihantar ke kedua-dua laluan ni.

Bagaimanapun, kami menawarkan servis tumpang ni kepada mana-mana klien yang mahu menghantar barangan mereka dari gudang ke gudang. Murah bukan, hanya dalam RM120, ANDA BOLEH HANTAR BARANG ANDA SETIAP HARI DENGAN JUSTLORRY…

Tunggu kupasan seterusnya mengenai JustConsole….